20080914

mY tEaM MANCHESTER UNITED FC


Gencana Manchester United telah beberapa kali ditukar, tetapi ciri-ciri utamanya masih lagi kekal. Lencana ini telah direka berdasarkan gencana bandar Manchester. Bentuk iblis pada gencana kelab adalah berasal dari gelaran kelab "The Red Devils", yang telah dipakai pada awal tahun 60-an selepas Sir Matt Busby mendengarnya sebagai gelaran kepada pasukan liga ragbi Salford yang menggunakan baju merah. Pada akhir tahun 1960-an, iblis tersebut telah mula di masukkan ke dalam acara dan program kelab, sebelum ia akhirnya dimasukkan kedalam gencana kelab pada tahun 1970, memegang serampangnya yang jelas. Pada 1998, gencana tersebut telah sekali lagi direka semula, kali ini dengan menghilangkan perkataan "Football Club".Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, berpusat di Old Trafford di Trafford, Greater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia .Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris/Divisyen Pertama Liga Bolasepak Inggeris sebanyak 15 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga dua kali, Piala Eropah dua kali, Piala Pemenang Piala UEFA sekali, Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) sekali, dan Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kedatangan didalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford. Kelab ini juga mendapat tempat kedua dalam undian "Kelab FIFA Abad ke-20", di belakang Real Madrid (berasaskan undian pembaca dwi-bulanan Majalah FIFA pada Disember 2000).

Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai syarikat awam-berhad, dengan percubaan mengambil alih oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambil alihan kelab dan mengeluarkan dari senarai bursa saham.


Gencana Manchester United telah beberapa kali ditukar, tetapi ciri-ciri utamanya masih lagi kekal. Lencana ini telah direka berdasarkan gencana bandar Manchester. Bentuk iblis pada gencana kelab adalah berasal dari gelaran kelab "The Red Devils", yang telah dipakai pada awal tahun 60-an selepas Sir Matt Busby mendengarnya sebagai gelaran kepada pasukan liga ragbi Salford yang menggunakan baju merah. Pada akhir tahun 1960-an, iblis tersebut telah mula di masukkan ke dalam acara dan program kelab, sebelum ia akhirnya dimasukkan kedalam gencana kelab pada tahun 1970, memegang serampangnya yang jelas. Pada 1998, gencana tersebut telah sekali lagi direka semula, kali ini dengan menghilangkan perkataan "Football Club".

0 comments: