20080802

assigment & waktu belajar

Mula masuk u je da byk assigment yg kita nk kne buat dan mesti melibatkan pembentangan secara berkumpulan atau individu.Tidak seperti waktu sekolah dahulu,kita byk terima ilmu drpd cikgu semata-mata.Berbeza pula di universiti,kita pula yg perlu mencarinya sendiri melalui sumber yg boleh membantu kita untuk menyelesaikan assigment tersebut.

Kpd student tahun 1 yg bru menjejakkan kaki ke alam universiti pasti merasakan perkara ini amat membebankan.Malah menjadi sedikit tekanan kerana tidak biasa dengan kaedah pembelajaran di universiti.Namun,jika difikirkan semula kaedah ini mempunyai kebaikan.Pelajar dapat membentuk satu kumpulan untuk menjalankan perbincangan berkumpulan,kerjasama antara ahli dapat membantu menyelesaikan assigment yg diberikan.

Pelajar dapat meluangkan banyak masa bersama kerana mereka tinggal di asrama.Oleh itu,mereka dapat berkumpul jika mempunyai masa lapang terutama selepas kuliah.Tidak seperti zaman persekolahan,hanya segelintir sahaja yang akan menyertai perbincangan secara berkumpulan ini kerana mereka tidak berminat untuk mengulang kaji pelajaran.Tetapi di universiti,dimana-mana sahaja kita dapat lihat kumpulan-kumpulan pelajar yang meluangkan masa untuk perbincangan walaupun pada malam hari.

Walau bagaimanapun semua ini adalah sebahagian daripada proses menimba ilmu.Setiap perkara yang berlalu akan tersemat sebagai kenangan di alam universiti.Pahit dan manis bertukar ganti.Semoga kita dapat menamatkan pelajaran kita dengan keputusan yang membanggakan.